Wednesday, March 5, 2014

saat doa dikabulkan ...

 
 
 
 
 
Abu Basyer
Mustajab doa : Hari Rabu antara waktu Zohor dan Asar

Sunnah ini belum diketahui oleh kebanyakan kaum muslimin, iaitu dikabulkannya doa diantara solat Zohor dan Asar dihari Rabu. Ini diceritakan oleh Jabir bin Abdillah radhiallahu’anhu:

أن النبي صلى الله عليه وسلم دعا في مسجد الفتح ثلاثا يوم الاثنين، ويوم الثلاثاء، ويوم الأربعاء، فاستُجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين فعُرِفَ البِشْرُ في وجهه

قال جابر: فلم ينزل بي أمر مهمٌّ غليظ إِلاّ توخَّيْتُ تلك الساعة فأدعو فيها فأعرف الإجابة

“Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wasalam berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, iaitu diantara dua solat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah baginda. Berkata Jabir : ‘Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa, dan saya mendapati dikabulkannya doa saya‘”

Dalam riwayat lain:

فاستجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين الظهر والعصر

“Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, iaitu di antara solat Zohor dan Asar” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 14603, Al Haitsami dalam Majma Az Zawaid, 4/15, berkata: “Semua perawinya siqah”, juga disahihkan Al Albani di Sahih At Targhib, 1185)

No comments:

Selamat Hari Raya..

  Aidil fitri hari bahgia Hari yang mulia Mohon maaf bersama dipinta Selamat Selamat Hari Raya Sembah salam ayah dan bonda Ampun...